Cerita Hantu Kat Hostel
Saturday, 31 December 2011 | 0 comment(s)
Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan.. Entah la.. aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.
Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.
Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.......
nk tau ape akn jadi???tunggu akn dtg...






